AKU SEBUAH patung
Aku sebuah patung,namaku 'Superman'.Aku sebuah patung aksi,aku adalah patung aksi yang tercanggih kerana seluruh tubuh badanku boleh digerakkan.kebanyakkan bahan untuk membuat badanku ialah dari getah,besi yang tahan karat dan sejenis bahan yang boleh dibengkokkan dengan sesuka hati.
Aku ialah antara patung pertama yang dicipta.Aku sangat gembira kerana aku ialah produk yang terkenal di seluruh negara yang bernama Amerika.Aku dibungkus dan dimasukkan ke dalam sebuah kotak.Tiba-tiba,cahaya yang aku lihat,dengan sekelip mata hilang dari pandangan.
Aku bangun dari tidurku yang panjang,dan menguap beberapa kali.Aku terkejut kerana banyak orang di sekelilingku.Aku terasa seperti berada di tempat yang tinggi.Terdapat beberapa model permainan sepertiku berada di sebelah kanan dan kiriku.
Aku berasa seperti aku diangkat turun oleh seseorang.Rupa-rupanya aku telah dibeli oleh seorang wanita yang cantik.Aku merasa takut semula kerana suasana di sekelilingku menjadi gelap semula.Aku terdengar bunyi bising seperti suatu majlis.Aku melihat seorang budak membuka balutanku dan bermain denganku.
Dia menjagaku dengan baik seperti dirinya sendiri.Aku berasa sangat bertuah kerana mempunya seorang tuan yang baik.Suatu hari,aku terlihat seorang budak sedang masuk ke dalam bilik bersama tuanku.Budak itu bermain denganku.Aku melihat wajah budak itu seperti mengiginkan aku.
Dia meminta kepada tuanku untuk meminjamku.budak itu membawaku pulang dan bermain denganku.Budak itu menghempuk ku kelantai dan juga membalingku ke dinding.Aku melihat patung-patung lain yang rosak sedang menangis kesakitan.
Badanku hancur berkecai dan aku diletakkan di suatu sudut yang busuk.Aku berasa sedih kerana aku dimiliki oleh seorang tuan yang tidak bersyukur dan tidak menghargai pemberian orang lain.Aku tidak sanggup melihat kawan-kawanku yang lain menjadi sepertiku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan