BAYI SIAPA?
Pada malam itu,aku dan rakan-rakanku baru sahaja pulang dari kelas malam.Kami sengaja membuat keputusan untuk mengambil jalan pintas kerana telah lewat malam.
Tiba-tiba kami terdengar tangisan bayi yang mendayu-dayu meminta simpati.Suara bayi itu datang dari sebuah rumah banglo yang telah lama ditinggalkan.Kami teringatkan peristiwa yang telah berlaku sebulan yang lepas yang menyeramkan.Peristiwa itu membabitkan sebuah keluarga yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya semasa pulang dari bercuti.Kemalangan itu menyebabkan keluarga terbabit meninggal dunia dan bayi perempuanya yang berusia lapan bulan telah hilang tidak ditemui sehingga kini.
Suara tangisan bayi itu semakin kuat didengari.Kami berlima iaitu aku,Amir,Alif,Kasya dan Paul berasa sangat takut tetapi kami tahu bahawa tangisan bayi itu datangnya dari makhluk Tuhan bukanya hantu yang hendak menggangu kami.Kami mengambil langkah kanan untuk menyelidik tentang rumah banglo itu.Kami memberanikan diri masuk ke dalam rumah yang menyeramkan itu walaupun tak sanggup.
Setelah diselidik,kami menjumpai seorang bayi perempuan mungkin dari saiznya yang besar menyebabkan kami berasa yang bayi itu berusia sembilan bulan.Kami mendapati tubuh bayi itu sangat lemah.Kami membawanya pulang ke rumah Amir kerana ibunya seorang doktor pakar yang merawat bayi.Bayi itu disuapkan bubur yang dimasak oleh ibu Amir kedalam mulutnya oleh aku dan Alif.Sementara ibu bapaku melaporkan kejadian ini ke Balai Polis Kuala Kedah.Kami memberi nama bayi perempuan itu Aira Amira kerana Amir yang menjumpai bayi itu.Kami bermain bersama-samanya.Ibu bapaku pulang bersama beberapa anggota polis dan orang-orang dari rumah anak yatim.Mereka ingin membawa Aira Amira pergi.Kami berasa berat hati ingin melepaskan Aira yang sangat comel itu pergi.Kami meminta kebenaran untuk menjaga Aira untuk semalaman.Mereka membenarkan kami untuk menjaganya.Kami menjaga Aira dengan penuh kasih sayang.Kami tidak menyangka bayi yang comel itu akan dihantar ke rumah anak yatim esok.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan