SIMPULAN BAHASA
· Buruk makan
Adik buruk makan ketika berada di meja makan.
· Buruk siku
Abang buruk siku kerana telah mengambil balik permainan yang diberinya kepada adik.
· Buaya darat
Buaya darat itu selalu pergi ke pekan untuk memikat gadis-gadis yang ada di sana.
· Buta huruf
Nenek buta huruf disebabkan dia tidak berpelajaran.
· Ada bakat
Adam mempunyai bakat menari dan dia telah dipilih sebagai wakil sekolah.
· Anak dagang
Amir menjadi anak dagang setelah meninggalkan kampong halamanya.
· Atas pagar
Penal boleh disifatkan sebagai pengundi atas pagar kerana tidak menyebelahi mana-mana pihak.
· Anak kandung
Amir ialah anak kandung Puan Amirah
· Berat tulang
Amzar seorang yang berat tulang dan tidak suka menolong orang lain.
· Ibu angkat
Wahida mempunyai ibu angkat yang sangat baik.
· Bertikam lidah
Amir dan Ikhwan suka bertikam lidah mengenai hal yang remeh-temeh.
· Berat hati
Emak berat hati untuk melepaskan kakak pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara.
· Mengadu domba
Sikap Ali yang suka mengadu domba itulah yang menyebabkan dia tidak ada kawan.
· Ayam tambatan
Adik menjadi ayam tambatan bagi pasukan bola jaring sekolahnya.
· Naik angin
Pengurus itu naik angin kerana pekerjanya tidak menyiapkan laporan yang diminta.
· Beri muka
Pihak polis tidak akan beri muka kepada pesalah-pesalah yang terlibat dalam kes rompakan besar-besaran itu.
· Air bujang
Aiman menghidangkan air bujang kepada tetamunya.
· Bendera putih
Jepun telah menaikkan bendera putih tanda mereka kalah dalam Perang Dunia Kedua.
· Anak tunggal
Almain berasa kesunyian kerana dia seorang anak tunggal.
· Anak emas
Maryam menjadi anak emas kepada guru-gurunya di sekolah kerana dia sangat pandai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan